Terma dan Syarat ejen jualan eKupon tempat letak kereta
Tawaran ini menjadi satu ikatan kontrak yang sah antara Southmax Sdn Bhd (pemegang konsesi) dengan tuan/puan dan lantikan sebagai ejen adalah tertakluk kepada terma dan syarat seperti berikut :-
1) Mempunyai lesen perniagaan Majlis Bandaraya/Majlis Perbandaran/Majlis Daerah yang sah ;
2) Pembelian eKupon hendaklah melalui Aplikasi Parkmax@Johor ;
3) Harga pembelian eKupon adalah pada jumlah selepas potongan diskaun (5%) bagi setiap pembelian
eKupon ;
4) Jumlah minimum untuk setiap pembelian eKupon adalah sebanyak RM100.00 ;
5) Ejen hendaklah menjual eKupon kepada pengguna mengikut harga yang ditetapkan oleh Majlis seperti yang tertulis didalam Aplikasi Parkmax@Johor ;
6) Penjualan eKupon hendaklah dijalankan di premis perniagaan yang diluluskan sahaja :
7) Sebarang bentuk promosi selain daripada yang ditetapkan oleh Majlis/Syarikat hendaklah mendapat kebenaran dari Majlis/Syarikat terlebih dahulu ;
8) eKupon yang dibeli tidak boleh dipulangkan kepada syarikat.
HUBUNGI KAMI
Email : parking@southmax.com.my
Phone No : 07-8633696
Website : www.southmax.com.my